OBJEKTIF
Menggalakkan semangat kerjasama yang lebih erat dan sikap saling memahami
di kalangan Warga Malaysia di Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan,
penganjuran program-program rekreasi, sosial dan kebudayaan termasuk pengendalian
dan pengurusan rumah kelab, sekolah serta harta benda milik Persatuan yang lain.
Untuk membantu, mengikut keperluan dan
kesesuaian ke arah memupuk hubungan persaudaraan lebih erat antara
rakyat Negara Brunei Darussalam dengan Warga Malaysia yang menetap di negara ini.
Sebagai penyalur dan penyebar sumber maklumat serta perkara-perkara
berkepentingan umum atau khusus kepada warga Malaysia di Negara Brunei
Darussalam dengan fungsi Persatuan sebagai forum untuk perbincangan dan perkongsian
pendapat terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan.
Objektif-objektif lain yang dirasakan perlu dan bermanfaat oleh
Jawatan Kuasa Eksekutif dalam perlaksanaan objektif-objektif di atas.
|
|